Thursday, 29 March 2018

Cara-cara Mengatasi Konflik Dalam Keluarga

Cara-cara Mengatasi Konflik Dalam Keluarga

Di dalam setiap keluarga pasti pernah mengalami konflik atau permasalahan. Sekalipun keluarga tersebut dinilai sebagai keluarga harmonis bukan bererti di antara mereka tidak pernah terjadi konflik. Seperti halnya pasangan suami isteri, dalam keluarga juga ada konflik yang nantinya biasa menjadi kunci untuk mempererat hubungan antara anggota keluarga apabila dapat diselesaikan dengan baik. Disini terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga. Antaranya adalah berbicara dengan semua ahli secara individual. Terlepas dari berapa banyak anggota keluarga yang terlibat dalam pertengkaran, berbicara dengan semua orang dan membuat semua orang merasa nyaman adalah sangat penting. Berbicara dengan setiap anggota secara individu supaya dapat mencari apakah akar penyebab masalahnya dan apa yang mereka fikir harus dilakukan. Banyak anggota keluarga tidak akan menyuarakan pendapat mereka di depan semua orang tetapi apabila ditanya secara individu, mereka akan terbuka. Cara yang seterusnya adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat yang profesional seperti kaunselor. Kedangkalan menghuraikan konflik rumah tangga mengundang para pakar yang mahir seperti kaunselor dan ahli psikologi untuk memberi panduan bagi menyelesaikan masalah konflik yang dihadapi. Jika isu yang melibatkan kedua-dua pihak atau terdapat pihak ketiga seperti perebutan  harta pusaka atau anak, khidmat pakar dapat diguna pakai sebagai sebahagian daripada penyelesaian. Namun begitu, khidmat nasihat mempunyai dua cabaran utama iaitu kos yang perlu dibayar dan jangka masa penyelesaian yang tidak ditetapkan. Kedua-dua cabaran ini kadangkala mengundang proses perundangan yang lebih lama dan merumitkan serta melibatkan ramai orang. Kewajaran mendapatkan khidmat pakar lebih menguntungkan kerana masing-masing meletakkan kepakaran sebagai sandaran dan lebih mudah menerima keputusan. Selain itu, memujuk juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga ini. Ia memerlukan kemahiran diplomasi yang sangat tinggi. Matlamat membina keluarga dari segi emosi ialah menyuburkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Konflik yang muncul memerlukan satu pihak untuk melihat kehadapan apakah yang perlu dilakukan tanpa menjejaskan prasangka buruk dan meninggalkan keserabutan. Menggunakan pujukan bagi menyelesaian konflik bermaksud menggunakan fikiran, bukannya tangan atau kaki. Elemen memujuk termasuk lenggok bahasa, pernyataan emosi dan perlakuan membantu ke arah mengurangkan ketegangan. Kaedah memujuk yang terbaik adalah berdialog. Seseorang itu tidak perlu untuk menggesa orang lain menghabiskan percakapan kerana lambat-laun ia akan memberitahu apa yang difikirkannya. Cara yang seterusnya adalah memaafkan. Manusia memang mempunya kecenderungan sulit memaafkan. Kecewa atau sakit hati membuat semua membentengi hatinya. Anda merasa tidak adil kalau orang yang sudah berbuat salah itu dimaafkan dan tidak dihukum. Sikap seperti itu nyatanya justeru membuatkan semakin menderita. Anda hanya terus sahaja dihantui rasa marah dan benci. Alih-alih menyelesaikan konflik, sudah pasti hidupnya sendiri tidak akan tenang. Percayakan bahawa kalau menjadi seorang pemaaf itu membuatkan segalanya dalam hidup anda jadi.


Cara untuk Mempereratkan Hubungan Kekeluargaan

Cara untuk Mempereratkan Hubungan Kekeluargaan

Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan hubungan erat dalam keluarga. Mereka pihak yang patut mencurahkan kasih sayang terhadap anak bahkan pepatah menatang minyak yang penuh. Maka, mereka patut mementingkan anak melebihi urusan kerjaya mereka dan tidak harus mengejar kekayaan mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga haruslah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana permata sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnyaSelain itu, kita wajarlah berusaha mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga untuk mempererat hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain seperti mana yang diungkapkan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kita perlu saling membantu bak aur dengan tebing. Kita juga perlu sudi mendengar masalah ahli keluarga dan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Yang paling penting, ahli keluarga patut mengelakkan pencetusan pergaduhan dan pertelingkahan demi keharmonian keluarga dan tidak mempraktikkan amalan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Lantas, suasana yang harmoni dan aman dalam keluarga dapat dibina dan semua ahli keluarga berani menempuh belantara kehidupan tanpa terpesong ke arah kemudaratan. Cara yang seterusnya adalah mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa. Aktiviti kekeluargaan ini dapat mewujudkan suasana yang bahagia sesama ahli keluarga dan juga mengeratkan ikatan silaturahim bak isi dengan kuku. Misalnya, ibu bapa boleh meluangkan masa pada hujung minggu untuk membawa anak-anak pergi berkelah di tepi pantai, ataupun mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Hal ini akan dapat mempraktikkan anak-anak untuk tidak menghabiskan masa dengan melayari internet dalam rumah dan kancah negatif yang lain. Perkara sebegini dapat menujukkan bahawa aktiviti kekeluargaan mampu memberikan kesan yang positif dalam mempereratkan hubungan kekeluargaan.  Selain itu,sifat hormat menghormati dalam diri setiap anggota keluarga perlu ada.Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua dihormati,yang muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa senang untuk bergaul. Natijahnya,kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara anggota keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga”perlu menjadi pegangan setiap keluarga.Pada hakikatnya setiap ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.







Tanggungjawab Keluarga Kepada Anak-anak

Tanggungjawab Keluarga Kepada Anak-anak


Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi 'role model' kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka. Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana  bapa borek, anak rintik. Selain itu, mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Seterusnya, ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Hal ini dapat dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas perkahwinan yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus ini, suami dan isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereke mempratikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan. Seterusnya, kanak-kanak juga perl memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya. Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi akan datang. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesame suami dan isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-cerai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik-beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti lah sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.