Cara-cara Mengatasi Konflik Dalam Keluarga
Di dalam setiap keluarga pasti pernah mengalami konflik atau permasalahan. Sekalipun keluarga tersebut dinilai sebagai keluarga harmonis bukan bererti di antara mereka tidak pernah terjadi konflik. Seperti halnya pasangan suami isteri, dalam keluarga juga ada konflik yang nantinya biasa menjadi kunci untuk mempererat hubungan antara anggota keluarga apabila dapat diselesaikan dengan baik. Disini terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga. Antaranya adalah berbicara dengan semua ahli secara individual. Terlepas dari berapa banyak anggota keluarga yang terlibat dalam pertengkaran, berbicara dengan semua orang dan membuat semua orang merasa nyaman adalah sangat penting. Berbicara dengan setiap anggota secara individu supaya dapat mencari apakah akar penyebab masalahnya dan apa yang mereka fikir harus dilakukan. Banyak anggota keluarga tidak akan menyuarakan pendapat mereka di depan semua orang tetapi apabila ditanya secara individu, mereka akan terbuka. Cara yang seterusnya adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat yang profesional seperti kaunselor. Kedangkalan menghuraikan konflik rumah tangga mengundang para pakar yang mahir seperti kaunselor dan ahli psikologi untuk memberi panduan bagi menyelesaikan masalah konflik yang dihadapi. Jika isu yang melibatkan kedua-dua pihak atau terdapat pihak ketiga seperti perebutan harta pusaka atau anak, khidmat pakar dapat diguna pakai sebagai sebahagian daripada penyelesaian. Namun begitu, khidmat nasihat mempunyai dua cabaran utama iaitu kos yang perlu dibayar dan jangka masa penyelesaian yang tidak ditetapkan. Kedua-dua cabaran ini kadangkala mengundang proses perundangan yang lebih lama dan merumitkan serta melibatkan ramai orang. Kewajaran mendapatkan khidmat pakar lebih menguntungkan kerana masing-masing meletakkan kepakaran sebagai sandaran dan lebih mudah menerima keputusan. Selain itu, memujuk juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga ini. Ia memerlukan kemahiran diplomasi yang sangat tinggi. Matlamat membina keluarga dari segi emosi ialah menyuburkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Konflik yang muncul memerlukan satu pihak untuk melihat kehadapan apakah yang perlu dilakukan tanpa menjejaskan prasangka buruk dan meninggalkan keserabutan. Menggunakan pujukan bagi menyelesaian konflik bermaksud menggunakan fikiran, bukannya tangan atau kaki. Elemen memujuk termasuk lenggok bahasa, pernyataan emosi dan perlakuan membantu ke arah mengurangkan ketegangan. Kaedah memujuk yang terbaik adalah berdialog. Seseorang itu tidak perlu untuk menggesa orang lain menghabiskan percakapan kerana lambat-laun ia akan memberitahu apa yang difikirkannya. Cara yang seterusnya adalah memaafkan. Manusia memang mempunya kecenderungan sulit memaafkan. Kecewa atau sakit hati membuat semua membentengi hatinya. Anda merasa tidak adil kalau orang yang sudah berbuat salah itu dimaafkan dan tidak dihukum. Sikap seperti itu nyatanya justeru membuatkan semakin menderita. Anda hanya terus sahaja dihantui rasa marah dan benci. Alih-alih menyelesaikan konflik, sudah pasti hidupnya sendiri tidak akan tenang. Percayakan bahawa kalau menjadi seorang pemaaf itu membuatkan segalanya dalam hidup anda jadi.
No comments:
Post a Comment