Cara untuk Mempereratkan Hubungan Kekeluargaan
Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan hubungan erat dalam keluarga. Mereka pihak yang patut mencurahkan kasih sayang terhadap anak bahkan pepatah menatang minyak yang penuh. Maka, mereka patut mementingkan anak melebihi urusan kerjaya mereka dan tidak harus mengejar kekayaan mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga haruslah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana permata sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Selain itu, kita wajarlah berusaha mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga untuk mempererat hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain seperti mana yang diungkapkan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kita perlu saling membantu bak aur dengan tebing. Kita juga perlu sudi mendengar masalah ahli keluarga dan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Yang paling penting, ahli keluarga patut mengelakkan pencetusan pergaduhan dan pertelingkahan demi keharmonian keluarga dan tidak mempraktikkan amalan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Lantas, suasana yang harmoni dan aman dalam keluarga dapat dibina dan semua ahli keluarga berani menempuh belantara kehidupan tanpa terpesong ke arah kemudaratan. Cara yang seterusnya adalah mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa. Aktiviti kekeluargaan ini dapat mewujudkan suasana yang bahagia sesama ahli keluarga dan juga mengeratkan ikatan silaturahim bak isi dengan kuku. Misalnya, ibu bapa boleh meluangkan masa pada hujung minggu untuk membawa anak-anak pergi berkelah di tepi pantai, ataupun mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Hal ini akan dapat mempraktikkan anak-anak untuk tidak menghabiskan masa dengan melayari internet dalam rumah dan kancah negatif yang lain. Perkara sebegini dapat menujukkan bahawa aktiviti kekeluargaan mampu memberikan kesan yang positif dalam mempereratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu,sifat hormat menghormati dalam diri setiap anggota keluarga perlu ada.Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua dihormati,yang muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa senang untuk bergaul. Natijahnya,kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara anggota keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga”perlu menjadi pegangan setiap keluarga.Pada hakikatnya setiap ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

No comments:
Post a Comment